Panggung Seni Tradisional 2024 : Ronggeng Melayu

Panggung Seni Tradisional 2024

Pada 24 dan 25 Mei 2024 yang lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) telah menganjurkan Panggung Seni Tradisional 2024!  Acara ni telah berlansung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC).

Untuk pengetahuan semua, Panggung Seni Tradisional (PST) merupakan acara tahunan yang menampilkan seni tradisional Malaysia yang asli dan klasik. Kali ini, PST membawa pengunjung ke dunia yang memukau dengan tarian, muzik, dan teater yang pastinya memikat hati.

Untuk membuka tirai tahun 2024, PST telah mempersembahkan "Tarian dan Muzik Melayu: Ronggeng Melayu" oleh Nusantara Performing Arts Research Center (NUSPARC). Persembahan ini bukan sekadar tarian biasa – ia adalah pengalaman budaya yang mendalam, menghubungkan kita semua melalui seni dan muzik.

Ronggeng Melayu: Lebih Dari Sekadar Tarian

"Ronggeng Melayu" bukan hanya tentang gerakan tari. Ia adalah cerminan budaya dan cara kita bersosial. Dalam ronggeng, semua orang boleh turut serta tanpa kira latar belakang, menari bersama dalam irama yang mengasyikkan. Ia mengajak kita semua untuk bergaul dan bersatu tanpa membezakan darjat atau kasta.

Watch on TikTok

PST 2024 bertujuan untuk menghidupkan dan menghargai warisan budaya Melayu melalui persembahan yang menghibur dan mendidik. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga cara untuk kita lebih memahami dan menghargai tradisi dan seni warisan kita yang kaya dan beragam ini.

Melalui usaha gigih MOTAC, JKKN, dan MaTIC, kita bukan sahaja dapat menikmati hiburan yang berkualiti tetapi juga memahami dan menghargai pentingnya mengekalkan warisan budaya untuk generasi akan datang. Jadi, mari kita raikan bersama-sama, dan jadikan Panggung Seni Tradisional 2024 satu kenangan yang bermakna.

Catat Ulasan

0 Ulasan