Dalam usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini 24/05/2024 memperkenalkan kempen terbarunya yang diberi nama Railway to See Malaysia di platform 1, Stesen Kuala Lumpur dan diiktiraf serta disokong oleh Tourism Malaysia.
Kempen ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif pelancongan negara, yang melengkapkan tawaran sedia ada seperti Eco Tourism, Gastronomy Tourism, Health Tourism dan lain-lain. Matlamat utama kempen ini adalah untuk meningkatkan jumlah penumpang tren KTMB dengan sasaran peningkatan sebanyak 5% atau 1.25 juta penumpang dalam tempoh setahun dari tarikh pelancaran.
Menurut Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, "Ini merupakan inisiatif terbaharu dari KTMB dengan merancakkan persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Seperti yang kita ketahui, peminat kereta api berada di setiap pelosok negara. Melalui promosi yang efektif, pakej yang menarik, keindahan pemandangan sepanjang jajaran kereta api, kami yakin dapat menawarkan pengalaman berbeza kepada para pelancong sekali gus meningkatkan pendapatan ekonomi setempat."
Bayangkan, anda menaiki kereta api dan menikmati keindahan pemandangan yang menakjubkan sepanjang perjalanan. Dari sawah padi yang menghijau, gunung-ganang yang megah, hingga bandar-bandar bersejarah yang penuh dengan cerita dan budaya – semuanya dapat dinikmati sambil anda bersantai di dalam tren.
Diskaun Pengenalan Kempen
Sebagai tarikan awal, KTMB menawarkan diskaun tiket ETS sebanyak 30% bagi perjalanan pada setiap hari Selasa dan Rabu sepanjang bulan Jun dan Julai ini. Diskaun ini boleh ditebus dengan menggunakan kod promo yang akan tersedia bermula hari ini jam 3.00 petang. Jadi, apa tunggu lagi? Rebut peluang ini untuk merancang perjalanan anda dengan lebih jimat dan seronok!
Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan pelancaran logo rasmi 'Railway to See Malaysia' oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB bersama-sama Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia, Mohamed Amin Yahya. Acara ini menjadi lebih meriah dengan persembahan lagu rasmi kempen yang dinyanyikan oleh penyanyi popular negara, Aizat Amdan.
Pengalaman Pelancongan Berbeza
Dengan kempen 'Railway to See Malaysia', KTMB berharap dapat menarik lebih ramai pelancong untuk menjelajahi keindahan Malaysia melalui perjalanan kereta api. Ia bukan sahaja menawarkan keselesaan dan keselamatan, tetapi juga pengalaman pelancongan yang berbeza dan menarik. Jadi, mari kita sokong kempen ini dan sama-sama menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagai satu kenangan yang indah dan bermakna.
Inisiatif ini bukan sahaja mempromosikan pelancongan domestik tetapi juga membantu merancakkan ekonomi setempat dengan menarik lebih ramai pelancong. Jadi, rancang perjalanan anda sekarang dan nikmati diskaun hebat yang ditawarkan! 'Railway to See Malaysia' – pengalaman pelancongan yang anda tidak patut lepaskan!
8 Ulasan
Best plak dengar lagu KTM yg baru ni
BalasPadamcatchy kan. nnti kalau buat video naik train leh la guna
PadamSeronok sebenarnya travel dengan KTM ni. Btw sedap lagu ni.
BalasPadambetul tu.. pengalaman lain dari yang lain. nnti kalau travel naik ktm leh la buat video guna lagu ni.
PadamMuda2 boleh la travel dgn train. Dah tua ni fikir banyak kali. ðŸ¤
BalasPadamsekarang Train perjalanan jauh dah makin selesa... tak perlu risau hehe
Padambestnya naik kereta api
BalasPadambest sangat-sangat. pengalaman lain dari yang lain.
Padam