![]() |
| WAJAH BARU FIRST WORLD HOTEL GENTING |
![]() |
| Sidang media bersama pihak pengurusan hotel |
FIRST WORLD HOTEL TOWER 2 ANNEX
![]() |
| Kaunter peyambut tetamu di tower baru (Tower 2 Annex) |
Jika dibandingkan dengan suasana di kaunter peyambut tetamu terdahulu, perbezaan ketara kita dapat lihat dari segi konsep rekabentuk dan hiasan dalaman. Di tower baru iaitu Tower 2 Annex ini, mereka memberikan cetusan idea yang lebih modern dengan warna yang lebih menarik perhatian.
![]() |
| Kedai bakery bertentangan dengan kaunter peyambut tetamu |
Kesungguhan di dalam memberikan hiasan dan rekabentuk terbaik kepada pegunjungnya dapat kita lihat melalui rekabentuk featured wall dan bahagian syiling sepanjang perjalanan kita menuju ke kaunter peyambut tetamu. Suasana di Lobi juga dihidupkan dengan visual televisyen 3D dan soft muzik yang mampu memberi keselesaan kepada anda.
SELF CHECK-IN KIOSK | Apa yang membuatkan kami teruja bila ke sini. Mereka menyediakan self check-in kiosk yang berteknologi tinggi untuk memberikan kemudahan kepada setiap pelanggan mereka untuk check-in masuk ke bilik hotel tanpa membuang masa untuk beratur panjang di kaunter peyambut tetamu.
![]() |
| SELF CHECK-IN KIOSK |
![]()
Sangat mudah dan mesra pengguna. Tidak perlu risau akan cara penggunaannya. Hanya baca dan ikut arahan yang tertera. Ianya semudah 1,2 dan 3 sahaja.
|
Terdapat sebanyak 29 unit E-Kiosk di mana 23 darinya terletak di lobi Tower 1 dan 6 unit lagi di lobi di tower 2 Annex. Proses mendaftar keluar (check-out) juga sangat mudah dengan Check-Out E-Kiosk. Terdapat 15 unit Check-Out E-Kiosk yang terletak di Tower 1 dan Tower 2 dan 4 unit lagi di lobi Tower 2 Annex.
BILIK DI TOWER 2 ANNEX | Bilik di Tower 2 Annex juga telah diberikan nafas baru dengan rekabentuk dalaman yang cukup menarik berbanding dengan sebelumnya. Sebanyak 1286 buah bilik telah tersedia untuk pegunjung mereka di Tower 2 Annex ini dengan beberapa jenis mengikut pilihan dan keselesaan pegunjung mereka .Antara jenis bilik-bilik yang baru ialah seperti XYZ Deluxe dan XYZ Triple. Saiz bilik-bilik ini adalah dalam purata 170.70 kaki persegi.
Perbezaan antara kedua-dua jenis bilik ini adalah dari segi kemudahan. XYZ Delux Room menawarkan sama ada 2 single beds atau 1 queen bed . manakala WYZ Triple menawarkan samaada 1 single bed dan 1 queen bed. Jadi XYZ Triple sangat sesuai untuk peginapan keluarga.
Check-in Time: 3.00pm Check-out Time: 11.00am

| XYZ Deluxe Room |
![]() |
| XYZ Deluxe Room |
Dinding Frosted lime green glass bertindak sebagai pembahagi antara tandas, sinki dan pancuran yang mana ia dikatakan boleh menampung sehingga 3 orang pada satu masa.
![]() |
| Bilik air |
Berikut juga merupakan jenis bilik yang available di First World Hotel.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Terima kasih kepada pihak Resort World Genting kerana sudi menjemput kami dari team ProjekTravel untuk menginap dan merasai sendiri pengalaman baru di bilik yang serba baru di Tower 2 Annex ini. Bagi kami, ianya merupakan bilik yang cukup selesa dan sangat menarik. Dari segi warna dan dekorasi bilik yang cukup membuatkan kami tenang .

7 Ulasan
Cantik interior design hotel ni!
BalasPadamJom kita p lagi reramai
PadamSangat cantik .
BalasPadamcun melecun betul hotelnya ni..
BalasPadamoutdoor dah buka ke?
BalasPadambelum lagi
PadamSemakin ramai la yang berkunjung ke Genting ni...
BalasPadam